Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang bangsa dengan majoriti masyarakat Melayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia dengan identiti budaya mereka yang unik dan istimewa. Malaysia juga dikenali dengan pelbagai budaya-budaya mereka tersendiri. Setiap kaum di Malaysia mempunyai pakaian, makanan, budaya tradisional mereka tersendiri
PAKAIAN
Ini merupakan contoh pakaian tradisional kaum Melayu. Pakaian ini banyak dipakai ketika musim perayaan dan kenduri perkahwinan. Pakaian ini bukan hanya boleh dipakai di majlis tersebut tetapi boleh juga dipakai bila-bila masa sahaja.
KURTA
SAMFOO
ISTANA AMPANG TINGGI
Dibina sekitar tahun 1865 ke 1870 di atas permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah. Dibina oleh Yamtuan Imam(Yang-dipertuan Besar NS ke-5).
BANGUNAN STADHYUS
Stadhyus bermaksud State House bermaksud Dewan Bandaran. Dibina oleh penjajah Belanda di Melaka. Dibina pada 1641 hingga 1656
Gambar-gambar di atas adalah contoh bangunan-bangunan bersejarah yang telah lama ditinggalkan tetapi masih dijaga dengan baik. Bangunan-bangunan ini masih dijaga dengan baik keasliannya.
MAKANAN
PUTU MAYAM
PAKAIAN
BAJU MELAYU
BAJU KURUNG
SAREE
KURTA
DHOTI
Pemakaian pakaian-pakaian tradisional kaum India ini sering dipakai ketika mempunyai majlis rasmi kaum mereka dan sambutan hari perayaan mereka. Namun, pakaian ini juga sering menjadi pilihan tema pakaian majlis-majlis tahunan.
CHEONGSAM
Pakaian tradisional kaum Cina ini adalah pakaian yang paling menarik kerana corak baju tersebut. Corak pada baju tersebut mampu menarik minat banyak orang luar untuk cuba memakai pakaian tradisional kaum cina ini. Potongan baju cheongsam ini kebanyakannya mengikut potongan badan orang yang memakainya.
BANGUNAN
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Nama bangunan ini diambil daripada nama Sultan Selangor pada tahun tersebut 1896 iaitu Sultan Abdul Samad.
A' FAMOSA
Dibina oleh Portugis selepas menawan Melaka pada 1511. Merupakan seni bina Eropah yang paling tertua di Asia.
ISTANA AMPANG TINGGI
Dibina sekitar tahun 1865 ke 1870 di atas permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah. Dibina oleh Yamtuan Imam(Yang-dipertuan Besar NS ke-5).
KELLIE'S CASTLE
Dibina pada tahun 1905. Umur bangunan ini sudah berusia 107. Dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami terhadap isteri. Digelar Taj Mahal Malaysia.
Stadhyus bermaksud State House bermaksud Dewan Bandaran. Dibina oleh penjajah Belanda di Melaka. Dibina pada 1641 hingga 1656
Gambar-gambar di atas adalah contoh bangunan-bangunan bersejarah yang telah lama ditinggalkan tetapi masih dijaga dengan baik. Bangunan-bangunan ini masih dijaga dengan baik keasliannya.
MAKANAN
NASI KERABU
YEE SANG
PUTU MAYAM
PUTU PIRING
NASI LEMAK
LEMANG
KUIH BULAN
ROTI CANAI
BAK KUT THE
IDLI
Ini adalah contoh makanan-makanan tradisional di Malaysia. Makanan-makanan tradisional ini sering dimakan pada waktu hari perayaan mahupun hari biasa. Makanan-makanan ini tidak semestinya dimakan oleh kaum itu sendiri malah, ada sahaja kaum lain yang makan makanan trdisional kaum lain. Sebagai contoh, nasi lemak dimakan oleh semua kaum malah pelancong dari luar negara juga makan makanan tersebut.
PERMAINAN
GULI PANGKAH
TAKRAW
WAU
CONGKAK
BATU SEREMBAN
TATING LAWI
GASING
TARIK TALI
TARIK UPIH
Berikut adalah contoh-contoh permainan-permainan tradisional di Malaysia. Kebanyakan daripada contoh-contoh di atas masih mengekalkan cara permainan tradisionalnya tetapi ada juga yang sudah bertukar. Permainan seperti tarik upih sudah jarang dimain oleh kanak-kanak zaman sekarang kerana terdapat permainan yang lebih moden. Begitu juga dengan permainan Wau kerana zaman sekarang sudah ada layang-layang yang moden. Kanak-kanak zaman sekarang juga ada yang tidak mengetahui cara bermain guli pangkah. Jadi kita perlulah meneruskan bermain permainan-permainan ini agar kanak-kanak pada generasi akan datang masih boleh mengekalkan keaslian permainan tersebut.
TARIAN
TARIAN PIRING
TARIAN KIPAS
TARIAN NGAJAT
TARIAN MAK YONG
TARIAN PAYUNG
TARIAN KENYALANG
TARIAN NAGA
TARIAN BHARATANATYAM
TARIAN ZAPIN
Di atas adalah contoh tarian-tarian tradisional di Malaysia. Tarian-tarian ini banyak dipertandingkan di sekolah-sekolah jika ada pertandingan menari. Tarian-tarian ini juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis dan juga di Istana Budaya. Banyak sekolah di Malaysia ini telah melatih pelajar-pelajarnya tarian-tarian tradisiona; ini untuk mengekalkan tradisinya.
Jadi di atas telah menunjukkan contoh-contoh budaya di Malaysia. Jadi, sebagai rakyat Malaysia kita mestilah menjaga warisan budaya di negara kita agar generasi akan datang masih dapat melihatnya. Janganlah kita dipengaruhi oleh budaya-budaya luar sehingga mengabaikan budaya-budaya kita tersendiri kerana ia boleh menyebabkan budaya-budaya kita hilang keasliannya.
~sekian terima kasih~
by:
Nur Ellisya Saffiyah
Nur Syakila Adiba
Nor Fitryain
Nurul Ain
Farah Nadhirah
Nurhidatul Najwa